Thursday 26 September 2013

TIP MENJADI PENONTON PROGRAM TV

Seperti hampir terpadam rasanya memori tentang kerja di belakang tabir. Sebenarnya itu tujuan asal memulakan blog. Bukan tidak mahu berkongsi dunia tentang rutin kerja ini tapi...kekangan masa untuk menulis kadang-kadang buat saya kurang peduli kenangan tentang kerja ini. Rasanya banyak yang ingin dicatatkan, aah...nantilah, tunggu saja ku ceritakan kisah nyata itu satu persatu. Hihihi...

Semasa dibidang ini salah satunya kami akan menerima kunjungan daripada persatuan-persatuan dan orang-orang tertentu yang ingin menjadi penonton rancangan siaran langsung atau rakaman.

Senang sekali jika saya kongsikan tip menjadi penonton program TV ya.

TIP menjadi penonton.

1. Dapatkan maklumat rancangan sama ada siaran langsung(live) atau rakaman
2. Biasanya ada 2 cara menjadi penonton. Pihak TV akan mendapatkan anda daripada persatuan, kelab dan kumpulan AJK atau anda sendiri menawarkan diri dengan menghantar surat menjadi tetamu kepada pihak penerbitan.
3. Tunggu maklum balas daripada pihak penerbitan.
4. Kumpulkan kawan-kawan penonton sekiranya anda ketua kumpulan.
5. Tarikh akan diberi atau anda diberi pilihan

Sekiranya berjaya menjadi penonton.

1. Datang awal sejam sebelum rancangan bermula.
2. Mendengar taklimat ringkas oleh pengurus produksi.
3. Duduk di dalam studio untuk mengikuti 'rehearsel' (biasanya 30-20 minit sebelum rancangan bermula).
4. Matikan telefon bimbit anda sepanjang siaran bermula.
5. Dilarang berdiri, mengambil gambar atau berjalan-jalan semasa program berlangsung.
6. Anda hanya diberi peluang keluar studio semasa iklan atau program berehat.
7. Anda boleh memberi sokongan yang diperlukan seperti bertepuk tangan, ketawa atau menangis jika program berkaitan.(Emosi kut...hahahaa)
8. Makan minum adalah dilarang. puasa kejap je.
9. Jika diminta bercakap atau menyoal panel, sila bercakap jelas, lantang dan pandang kamera atau panel dihadapan anda.
10. Senyum. Ini penting, selalunya kami akan mendapat penonton muka ketat dan tegang...tak tau kenapa. Agaknya sejuk sangat dalam studio. Untuk makluman; bersedia awal sebab duduk dalam studio kadang-kadang sejukk...
11. Selagi tak dengar pengurus produksi jerit 'tamat/wrap up/selesai'. Program belum tamatlah. Jangan berdiri terus, sebab takut tubuh anda akan berada di setiap kaca tv penonton di rumah...Hahahaa...

Baiklah...kemudian saja saya kongsikan pula 'term' atau bahasa ucapan yang biasa digunakan sepanjang program tv berlangsung ya. Heheehe...


Rakaman Kecoh Petang Raya 2009







No comments:

Post a Comment