Friday 20 September 2013

Dari Skrin TV ke Skrin PC

Bismillahirrahmanirahim

Malam masih muda ketika saya memulakan penulisan pertama ini. Maafkan saya cikgu Mas Ayu Ahmad. Saya fikir saya murid paling culas. Lambat benar saya memulakan langkah menulis entri pertama. Heheehe...

Alasan kontang. Huh! respek para blogger tegar. Bagaimana mampu bersengkang mata mengadap skrin ini setiap hari. Menulis kisah hidup.nota.himpunan panduan. Beratus jutaan tulisan saya baca dan lihat. Semuanya berinformasi. Kagum dari jauh.

Saya baru bertatih. Sangat mentah. Apa yang patut saya tulis di blog? Perlukah surirumah berblog? Masa? Rupa-rupanya saya jauh ketinggalan keretapi. Ramaaii... sangat yang minat menulis di blog. Cacatan harian. Pengalaman hidup. Baiklah, saya juga ingin sahut cabaran. Sertai Akademi Bekerja Dari Rumah. 


Akademi Bekerja Dari Rumah

Sepertinya, tiada apa yang dikongsikan. Memandangkan saya pernah bekerja di sebalik tabir, pasti ada yang bermimpi kerja di bidang ini. "Seronok ke kerja tv"? Glamer? Teruja. Saya akui banyak pengalaman indah, suka duka rencah kehidupan yang anda tatap setiap hari di kaca TV, kadangkala hakikatnya tidak sama yang dialami. Benarlah jika orang kata hidup ini putaran roda atau kita ini pelakon pentas hidup. Wajar sangat pandangan itu. Saya kongsikan pengalaman kerja di sini...

Mencabar! itu perkataan pertama yang terlintas. Seperti bidang tugas lain; masing-masing ada peranannya. Tanggungjawab sosialnya. Bagaimana terjebak dengan dunia ini?. Seperti mimpi, kata saya. Saya suka berangan. Umur 12-14 tahun. Saya selalu bayangkan saya atau nama saya di kaca tv. Saya penulis layar.Sedangkan masa itu saya cetek dan tak tahu apa bidang tugas tv ini. Tidak terfikir pun bagaimana jalan atau caranya. Seperti biasa jika menulis karangan sekolah 'cita-cita saya': saya cuma bayangkan kerja cikgu. doktor.tentera. pemandu jet pejuang. 

Orang suka nampak yang cantik...agak kelakar bila satu2 drama habis ditayangkan jika jalan cerita bukan kehendak penonton pasti berbakul ejekan dan hinaan diterima. Jika sebuah program hiburan menerbitkan rancangan anugerah dan keputusan atau perjalanan program tidak menepati kepuasan penonton; maka beratus komen akan tersebar di laman sosial. Realitinya...semua manusia terlibat terlalu berusaha. Terlalu penat. Terlalu beraksi sungguh-sungguh mencapai kehendak. Sebab apa. semua mahu yang terbaik.

Apa yang kita kejar dalam hidup, kita mahu yang terbaik. Tapi pastikah kita apa yang kita telah pilih itu terbaik untuk kita? Jika kita cuba mahu akur, mungkin jawapannya; ya. Tapi jika kita masih ada pilihan maka teruslah berbuat pilihan. Di sinilah bermula rancangan hidupku. Ketika ini. Memilih kerja sebagai seorang surirumah. Sepenuh masa. Tinggalkan kawan tinggallah tugasan. Bidang kerja yang sangat saya minati. Saya idamkan. Saya mimpikan dahulu. Serius...i love my job!. Tapi kuasa apakah yang meruntun jiwa raga sehingga saya sanggup meninggalkan kerja yang menyeronokkan ini...??!

Dilemanya cukup besar, kawan. Saya juga seperti kalian, belajar, masuk U. kerja makan gaji. Ada tanggungan juga. Jadi kenapa saya perlu berhenti, gaji cantik, kerja baik. Apakah saya tidak tahu bersyukur?  Tidak redha dengan ujian Allah? Kadang kita ini semacam tidak puas kan? Menjadi surirumah kemudian kembali bekerja dari rumah? Apakah penyakit saya ini? Hihihi...

Sejujurnya kehidupan sekarang, yang sedang-sedang saja. Sederhana. Tenang. Saya cuma mahu kembali kepada fitrah. Wanita Surirumah. Tunggu! Setiap ini bersebab, kelak kukhabarkan. :) bersambung...

No comments:

Post a Comment