Friday 20 September 2013

SINOPSIS SANG PEMIMPI

Arai adalah sepupu Ikal. Merupakan seorang anak yatim piatu dan sejak itu Arai tinggal bersama keluarga Ikal. Betapa kuat hati Simpa Keramat ini. Begitulah julukan daripada orang Melayu untuk seseorang yang hanya hidup sebatang kara.

Mereka bertemu makcik tua yang kehabisan beras. Anak makcik itu mempunyai sebuah biola buruk untuk digadaikan. Tapi Arai tidak melihat kesusahan itu penghalang. Dia nekad memecahkan tabung yang dikumpul bersama Ikal untuk membantu makcik tersebut. 

Kawan mereka Jimbron obses terhadap kuda yang selalu ditonton dikaca tv. Mustahil kampung pelusok dunia boleh membawa kuda yang harganya sangat mahal. Bagaiamana Arai boleh menyakinkan Jimbron bahawa dia akan bertemu kuda suatu masa nanti?.

Masing-masing daripada keluarga susah. Akhirnya Arai dan Ikal berjaya melanjutkan pelajaran ke Paris. Bagaimana seorang anak pulau yang tidak mampu dan susah boleh berjaya terbang ke Paris?




Buku ini banyak menceritakan pahit maung dan liku-liku sebagai anak-anak yang hanya mampu bercerita tentang mimpi tapi penuh dengan jiwa besar yang melonjakkan mereka jauh dari kampung halaman. Semoga anda mendapat inspirasi darinya.

Bersama Arai, perkara mustahil ternampak jelas.

"Bermimpilah dalam hidup, jangan hidup dalam mimpi."-Andrea Hirata



No comments:

Post a Comment