Friday 20 September 2013

Dulu aku bukan yang sekarang...

Bismillahirrahmanirahim...

Terpana jap. sebentar tadi saya sebenarnya sedang selesai menulis tulisan pertama saya. Rasa syukur tidak terhingga. TETAPI. entah di mana silapnya, artikel tersebut terbang.hilang.padam langsung tiada cara untuk saya paparkan semula. Rasa meroyan satu badan. kihkihkih. 

Pernahkah anda mengalami situasi yang sama? Dah siap tapi tak diduga.tak save atau terpadam terus. Tak mengapalah...Jika diikutkan kecewa semacam adanya perasaan itu. Tapi difikirkan semula, Allah tak izin ni. :)

Aduhai...

Ketika ini. idea dan ilham meluncur laju. Rasa benakku penuh dengan turutan huruf yang mahu diluahkan.  Kenapa saya memilih tajuk ini? 'Dulu aku bukan yang sekarang'. Adakah saya mahu bercerita siapa saya lagi. Bukan!

Saya bercerita kisah semua orang yang hampir serupa. Bahawa kita punyai mimpi. Mimpi-mimpi indah. Andai mimpi dikejar hantu sekalipun kita lari lintang pukang.Hihihii.

Apa ada dalam mimpi? Dari kecil kita adalah pemimpi. Kita menaruh harapan. Penuh doa kepada Tuhan. Terkadang menangis mahu dimakbulkan. Antara sabar dan dugaan. Semuanya menjadikan kita manusia yang tabah. Meminjam kata daripada novel yang saya baca:" bermimpilah, kerana Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu."-Andrea Hirata Sang Pemimpi. Bacaan lanjut sinopsis di sini...

Mimpi menurut Dewan Bahasa : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=mimpi

1. Sesuatu yang seolah-olah dialami dan dilihat sewaktu tidur.
2. Khayalan; angan-angan
3. Cita-cita atau mengharapkan sesuatu.

Mimpi kadang-kadang menjadikan jiwa kita besar. Dengan bermimpi kita berani berubah. Tetapi hati-hati jangan bermimpi di siang hari...ahh sudah! 

Maksud mimpi yang akan saya kaitkan ditulisan saya nanti...cita-cita dan impian. Mungkin harapan terpendam. Mungkin juga tentang kejayaan siapa-siapa. Atau kadang langkah-langkah yang membawa kita ke jalan mana? 

Dan antara sepertiga malam ini siapa antara kita bangun sujud dan takafur. Muhasabah diri. Fikirkan sejenak mengenai tentang apa yang kita lalui. Tentang syukur dan nikmat yang telah diberi. 

Nafas dan udara percuma. Anak dan benih diberi. Kaya dan sihat. Miskin dan berbudi. Semua ini antara anugerah yang kita dapat yang kadang kala kita lupa. Kita lupa tujuan apa kita berada sekarang. Ketika ini mungkin ada yang sedang dibuai mimpi. Mimpi yang apabila kita jaga, kita sedar kita sebenarnya menghampiri doa yang kita panjatkan kepada Pencipta. Kita telah mendapatkannya. Kemudian kita akan tidur semula...bermimpi lagi. Silih berganti begitulah ibaratnya.

Pernah dengar lagu ini? Impaknya sangat besar dengan realiti sebenar yang serupa dialami oleh sesiapa sahaja. Pernah lalui jalan susah payah. Zaman duka sehingga jaya. Berlari jatuh bangun bertatih. Sejauh mana kita hayati. Sejauh mana kita syukuri. Terpulang kita. Ini seperti imbasan waktu kawan, jika bukan aku alami. kamu yang hadapi...



Saya akan mulai sesuatu. Kumpulkan nota disebalik tabir kehidupan. Adakah kesinambungan coretan saya mengenai mimpi?...bersambung.

No comments:

Post a Comment