Friday 20 September 2013

Kita Menari di Lantai Sama Tapi Tari Kita Berbeza

Semalam...
Aku ingat akulah orang yang paling bahagia apabila menciptakan lagu bersamamu.
Dan kita berdua bernyanyi indah.
Menghayati lirik penuh makna,
Melodi membuai sukma...
Irama senada...
Dan kita jadi bahagia.

Pabila tiba waktu menari bersama,
Aku terkesima lantaran tari kita rupanya berbeza.
Langkah kita sumbang, tidak seiringan.

Lantas kau persalahkan aku kerana tidak menurut rentakmu.
Aku yang mulanya sangat teruja kembali bertatih
mengatur semula langkah ini gar aku terus bisa disisimu.

Bagaikan terjaga dari tidur aku hanya mampu berdiri kaku
Dan berharap agar kau tidak hilang dari pandangan
bantu aku untuk terus menari kembali
Dan kita bernyanyi lagu jiwa ini

farindeen
*sudah lama terbit dalam kotak-kotak fikiran-sekitar 2008-opislamatibiga-

No comments:

Post a Comment