Sunday 29 September 2013

Pengalaman Kerja Belakang Tabir

Kejap-kejap ternampak 'kapsul' lintas langsung dari Jom Heboh di Kuching. Kadang-kala ingatan berlari ke zaman jimba-jimba  kenangan masa bekerja. Telah kunyatakan dulu bahawa saya ini orang belakang tabir. Antara tahun 2006-2008 pernah ditugaskan setiap bulan ke Jom Heboh. Biasanya kami akan mengendalikan konsert secara langsung pada malam Ahad.

Aktiviti yang paling diminati...'posing'
Persediaan kami bermula seawal hari Khamis. Produksi penerbitan kami akan bergerak ke lokasi sama ada menaiki bas/kapal terbang atau pengangkutan sendiri. Penganjuran acara Jom Heboh mempunyai ramai pasukan. Cukuplah saya maklumkan bahawa kru kami adalah 'orang kuat' yang menganjurkan malam konsert. Sungguhpun begitu kami memang bekerja dari hari jumaat sehingga ahad. Antara aktiviti yang kami biasa buat ialah rehearsal atau 'raptai' atau soundcheck artis-artis yang terlibat persembahan nyanyian.

Selain itu, biasanya semua aktiviti pentas akan dipantau oleh produksi kami. Sebagai contoh jika mana-mana penaja ingin menganjurkan aktiviti pada siang hari maka tugas kami untuk membantu menguruskan kelancaran program. 

Menjelang malam kemuncak, debaran tetap terasa apabila memulakan acara pembukaan. 5 minit pertama saya akan beku. Suhu sejuk didalam konti/atau OB (Outdoor broadcast Van) memang tidak mampu ditahan. Selalunya jangan hairan apabila melihat petugas media suka berjaket tebal. Lantaran suhu dibilik kerja memang mencapai suhu naik gunung...huhuhuu. 

Apa tugas saya? Dalam rancangan Jom Heboh saya ialah penolong penerbit; tugas saya ketika itu adalah pengadun visual. Apakah ia sama seperti mengadun tepung? Tidak sama sekali...Saya mempunyai beberapa butang yang perlu dikawal. Butang kamera sahaja ada berbelas. Selalunya produksi gemar menggunakan 6-10 kamera. Jadi, bayangkan Shot/ Visual yang saya kena sedia. Jika saya salah tekan maka hitamlah tv kalian. Atau jika saya tidak fokus saya maka gambar dari abang tukang gambar  cameraman yang cantik tidak dapat dipaparkan di layar TV anda.

Nampak rumit kan? Memang ya. Kerana tahap kesabaran sangat diperlukan. Fokus juga penting. Nyah jauh-jauh rasa kurang kasih sayang ketika itu, jika tidak; penonton kami akan tukar channel...hihihii. Namun begitu saya tidak pasti penyakit apa yang menghinggap saya. Saya sangat sukakan bidang saya. Bila sedang berada di situasi ini kepuasan kami tercapai. 

Dalam OB ada beberapa orang petugas yang perlu diketahui. Antaranya :

1. Penerbit yang bertindak sebagai pengarah studio
2. Penolong Penerbit sebagai Switcher(pengadun visual)
3. Pembantu Penerbitan biasanya bertugas sebagai 
  • video tape operator
  • Penyambung konti
4. Kru teknikal
  • Audioman
  • Pereka grafik
  • Lighting
  • Technical
  • Maintanance Engineer
Selain petugas ini ada ramai lagi kru yang akan terlibat semasa acara berlangsung. Mereka ini yang kelihatan di bahagian pentas, belakang pentas. Sebagai contoh :

1. Floor Manager
2. Cameraman
3. Techinical Producer
4. Makeup artist
5. Wardrobe
6. Talent 

Contoh arahan pengarah studio :

Production Assistant : Standby 30 sec to on air...
Director : Ready graphic, ready VT, ready switcher,lighting, FM, ready cam 1, cam 2, ready cameras, ready audio...
Production Assistant : 15 sec to on air...
Director : Ready to roll montage for live...
Production Assistant : 10 sec to on air...9,8,7...
Director : Roll montage...standby
Production Assistant : 5,4,3,2,1
Director : Roll montage...Take VT...
              FM, VTR 20sec...we will come to studio on cam 3. ready cam 3 for establish shot.
Director : Standby cam 3, Take 3.

Director : Standby cam 2, coming to cam 2. Take 2.
              Ready to super. on super. 5,4,3,2,1. Super out. 
              Ready music, fade in music...
              Cam 1 give me CU singer, Open mic, Ready 1...take 1.

Arahan untuk ke iklan tajaan

Production Assistant : Baiklah, kita ada masa 30 saat untuk ke iklan.
Director : FM cue compere to commercial break. Ready to roll VT
Production Assistant : Standby 10,9,8,7,6,5,4,3,2,1...over to you conty.

Ini adalah contoh sahaja. Segala ucapan dan perbualan di dalam studio adalah off record.hihiihi...

Scene : Semifinal Muzik-muzik.
Gambar kenangan bersama rakan setugas. Wajah penulis ketika itu terpaksa dirahsiakan.Hihihii...

2 comments:

  1. Ada keje kosong belakang tabir?setup brg ke?tolong angkat brg ke,stanby brg lighting ke..sy nk kerja

    ReplyDelete
  2. And jawatan kosong untuk belakang Tabir sy ada pengalaman dari segi arrangements bahagian pentas melibatkan persembahan..

    ReplyDelete