Sunday 22 September 2013

Kita ini kadangkala KEDEKUTkah juga?

"Terima kasih ya." Saya ni pelupa. Saya takut kalau-kalau saya pernah lupa ucap terima kasih. Maafkan saya.

Itulah maksud saya. Kadang-kala kita kedekut untuk ucap terima kasih. Berapa kerap kita lalu tol. kasihan tangan-tangan yang menghulur tiket atau wang tiket. Lupakan siapa yang mulakan dahulu. Tapi benarkan hati untuk memulakan ucapan ini. Terima kasih. 

Penghargaan ini kukira murah, kawan. Tidak perlu dibayar. Jika senyuman pun kamu susah berikan. Cukuplah ucapan ini tapi kita ini kadangkala kedekut juga. Kita ini seperti anak manja. Mahu dilayan bagus. Mahu diberi perhatian. Mahu duduk 1st class. Apapun kita yang pertama untuk terima. Sejauh mana kita memberi, kawan? Sebesar mana kasih kita terhadap orang lain. Kukira mungkin kau pernah menerima nasib burukmu. Lalu begitulah kau layan kembali orang lain. Huhuhuu...Kita ini kasihan. Sangat.

Ceritaku tadi berkaitan hamba Allah di tol tadi. Tapi bukan yang tidak menerima ucapan terima kasih atau sipemandu penat yang terlalu berharap jalan lenggang. (Maaf. kita ini dikota. Jalan jem itu normal). Bersabarlah, mungkinkah ini satu penyakit. Hihihii... Bersangka baik, berfikiran positif. Seolah kita ini tiada masalah dan jiwa kacau!. Bertenang kawan...
Ini cuma satu kisah yang kupetik: sepasang suami isteri sedang beratur menuju ke tol. Tiba-tiba kereta dipotong barisan. Sebuah kereta laju memecut masuk pintu tol. Rasa nak marah tak? Kejap, ketika kereta pasangan tadi sampai giliran membayar tol. Tahukah apa yang berlaku? Sipemandu laju tadi telah bayarkan tiket tol mereka.(kredit ke FB :Hamka(keretamayat) Lalu? Apakah penyakit itu? hihihiii...Meminjam kata si halimunan, "apabila kita mendoakan orang lain maka akan hadir malaikat yang akan mendoakan doa yang sama pula untuk kita."

Sebenarnya dalam sedar tak sedar banyak kisah 'terima kasih' yang berlaku dalam hidup kita. Jadi, jangan kedekut untuk berikan doa ini. Yang terbaik ucapan ialah : Jazakumullah Khairan Katsiran bermaksud, "semoga Allah SWT akan membalas kamu kebaikan yang banyak."

Mungkin kalian pernah dengar kan? Saya kongsikan penggunaannya:
  1. Jazaakallaahu kahiran (engkau, lelaki)
  2. Jazaakillaahu khairan (engkau, perempuan)
  3. Jazaakumullaahu khairan (kamu semua)
  4. Jazaahumullaahu khairan (mereka)
Senang juga saya kongsikan satu video. Bagi saya, macam mimpi je berlaku begini...tapi siapa tahu hati-hati kecil kita ini masih punyai jiwa yang besar...


Tahukah kamu; satu kajian pernah dibuat mendapati orang yang mengucapkan terima kasih lebih daripada 30 kali akan lebih bahagia, ceria dan gembira serta hidup mereka lebih positif. Termasuklah kita mengucapkan Alhamdulillah sama ada membaca Alquran, solat, doa atau terus ucapan terima kasih kepada diri sendiri dan juga orang lain.

Terima kasih ini seperti doa kita. Lebih indah jika saling berbalas ucapan ini. Apabila mendapat kebaikan dari orang lain sama ada dalam bentuk pertolongan, hadiah, doa dan sebagainya. Jangan lupa berikan kembali ucapan ini sebagai tanda syukur.




No comments:

Post a Comment