Monday, 23 September 2013

Ketika aku sibuk...

Aku ini penuh harapan...
Siapa kata surirumah duduk-duduk di rumah saja. Penat ya. Belum habis lagi...dan sampai malam ini.
Jika seorang perempuan itu bekerja sekalipun, tentunya sekembali ke rumah penuh jadual padat dan sendat. Oh Tuhan! lihatlah bidadari ini, janjiMu syurga untuk mereka yang tabah dan sabar. Jadi, senyumlah wahai kawan...kamu ibu yang kuat. Kamu ibu yang penuh daya. Walaupun sang suami terlupa mengucup dahi ketika lelahmu malam ini. Ah! sang suami memangkah begitu. Pasti beruntung si isteri yang mendapatkannya. Eh! kita semua beruntung bukan?, siapapun wanita itu, pokoknya; sabarlah...

Ini bukan tujuan ceritaku. Aku terpengaruh suara hati sahabatku mungkin...malam ini ramai yang bicara tentang hati. tentang hati lelaki mereka. Hihihii...maaf ya, saya usik kamu saja. Sabarlah, kataku lagi.

Ok, kembali tujuanku. Inilah rutinku. Ketika teman lama sibuk di pejabat. Aku tenang bersama anak-anak di rumah. Bukanlah setenang air dikali. Sebab tugas harian surirumah perlu diatur juga. Dalam masa yang sama mengurus jualan online yang baru bermula. Syukur. Syukur...itulah rezeki Allah SWT. Tak pernah putus. Ada jalan yang tak terjangka. Tak terduga. Nanti aku ceritakan detik susah payah kami masa mula-mula berhenti kerja. Suami saya pun tidak bekerja tetap. Juga berniaga di talian. Rezeki ada di mana-mana kan?. Ada jalan. Ada harapan. Ada doa. Maka senyumlah saja.

Ketika aku sibuk. Ada ujiannya. Anak sakit. Panggilan temuduga. Semuanya bersatu dalam satu masa yang kelam-kabut. Huh, rasanya tak berdaya badan ini. Otak jadi serabut. Serius, saya ini kadangkala mengelabah juga. Normal kan? 

Teringat zaman bekerja. Semua kena ontime. Tiada istilah on the way.Terlalu komited. Masa makan pun sangkut. Memang zaman itu kerja gila. Muka ketat janganlah kamu dekat. Pasti aku tak berminat walau apapun yang kamu cakap. Hihihi...

Itu sewaktu bekerja di pejabat. Suka saya kongsikan tip menjadi ibu yang berkerja dari rumah.Tip ini saya petik dari sumber:Momsinbussiness.net

  • Bekerja dari rumah tidak sama dengan bekerja di pejabat. Di rumah, andalah bos, andalah pekerja. Disiplin diri sangat perlu supaya anda dapat melaksanakan tugasan haraian dan mencapai matlamat anda sendiri untuk berjaya.
  • Jadi, amatlah penting bagi anda memastikan"zon kerja" anda sentiasa dalam keadaan tersusun kerana persekitaran tempat kerja memainkan peranan di dalam membangkitkan semangat dan motivasi untuk bekerja.
  • Untuk memastikan anda dapat bekerja dengan lebih efisyen di rumah, anda perlu mempunyai satu sudut khusus yang dipperuntukkan untuk anda melakukan kerja-kerja anda di rumah.
  • Hadkan sempadan kawasan bekerja anda dan pastikan kawasan ini tidak diganggu oleh anak-anak. Bagi yang mendiami rumah besar, contohnya rumah 2 tingkat, anda bolehlah menjadikan sebuah bilik sebagai home office anda.
  • Seeloknya gunakan bilik yang berada di tingkat bawah supaya mudah untuk anda membuat kerja sambil memantau aktiviti anak-anak kerana kebanyakan waktu siang dihabiskan ditingkat bawah.
  • Lengkapkan pejabat anda dengan komputer atau rak atau kabinet untuk mempamerkan produk jualan anda dan menyimpan sebarang dokumen penting.
  • Sediakan papan kenyataan magnetik di home office/sudut bekerja anda. Ia boleh digunakan untuk memaparkan perancangan perniagaan bulanan atau tahunan, dateline, tarikh janji temu dengan pelanggan dan sebagainya.
Lebih lanjut baca di Mominbussines.net.


Inilah ruang kerja saya. Sambil bekerja bermain, belajar dan
sambil berhibur bersama anak-anak juga.

No comments:

Post a Comment